Make your own free website on Tripod.com
Terengganu
THE OFFICIAL WEB SITE OF THE EDUCATION DEPARTMENT
TERENGGANU, MALAYSIA - 1998

Cetusan idea pengisian visi pendidikan di bawah konsep
"SEKOLAH ITU MULIA".


Dibentangkan Pada 5 September, 1998
Oleh
Dato' Haji Muhamad bin Mustaffa,
Pengarah Pendidikan Terengganu


  1. Hak Seorang Pelajar.
    Setiap orang pelajar berhak mendapat pendidikan yang sempurna. Hak pelajar adalah tanggungjawab kita
  2. Jadikan Diri Kita Orang Yang Berguna.
    Fokus kita ialah untuk mendapatkan matlamat pendidikan jangka panjang membina manusia menempuh masa akan datang.
  3. Kumpulan Dinamik Pengetua/Guru Besar.
    Wajarlah keistimewaan, kewibawaan dan kejayaan Pengetua/Guru Besar dikongsigunakan dan menjadi "think-tank" membantu sekolah.
  4. Pasukan Penyeliaan Sekolah
    Pengetua dan Guru Besar menjadi ahli dalam Pasukan Penyeliaan Sekolah.
  5. Budaya Menggunakan Bahasa Inggeris Di Sekolah.
    pengajaran Pembelajaran Bahasa Inggeris tidak hanya difokuskan kepada peperiksaan.
  6. Pelajar Aliran Sains dan Pemikiran Saintifik.
    Program-program sokongan yang kuat untuk mempastikan pelajar-pelajar aliran sains diberi pembelaan yang sesuai.
  7. Pengurusan Himpunan Defisit Pembelajaran
    Fokus kepada tiga mata pelajaran utama, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
  8. Pengurusan Kerja Rumah Berkesan
    Fokus kepada perancangan yang diselaras, jenis, jumlah,penekanan sesuai serta sistem penyemakan yang berkesan.
  9. Klinik Mata Pelajaran
    Tubuhkan klinik mata pelajaran di sekolah-sekolah.
  10. Pendidikan Agama Islam
    Pastikan penghayatan benar-benar berlaku menerusi matapelajaran Pendidikan Agama Islam.
  11. Kelas Tambahan Solat
    Setiap pelajar muslim mesti pandai dan mengerjakan solat apabila mencapai umur 10 tahun.
  12. Penguasaan Bacaan Al-Quran
    Sekolah mesti memain peranan yang aktif merancang dan melaksanakan Program Bacaan Al-Quran
  13. Tulisan Jawi
    Pengekalan tulisan Jawi bergantung kepada kejayaan sekolah mendidik pelajar dalam menguasai jawi
  14. Pengurusan Kelas Bercantum
    kelas Bercantum di sekolah-sekolah rendah kecil perlu dipertingkatkan hasilnya.
  15. Motivasi Berterusan Sekolah Rendah
    Fokus kita ialah memantapkan keyakinan diri pelajar
  16. Pembinaan Watak Pendidikan menerusi Aktiviti Kecergasan
    Wajar menghidupkan kembali semangat berpasukan, kekitaan, kesepunyaan, persaingan, keyakinan diri dan sebagainya. Mengaktifkan semula sukan tahunan sekolah.
  17. Pasukan Kadet bersatu Malaysia (PKBM)
    Inilah peluang dan ruang yang baik untuk kita menubuhkan PKBM di sekolah-sekolah.
  18. Pakar Aktiviti Kokurikulum
    Kita hendaklah membina pasukan pakar dalam unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
  19. Keceriaan Sekolah
    kecerian meliputi seluruh sekolah terutama padang permainan, sempadan kawasan sekolah, kebun pertanian, kawasan sekolah yang tidak digunakan dan sebagainya.
  20. Permuafakatan Pendidikan
    Penglibatan agensi-agensi kerajaan.
  21. Ponteng Sekolah
    Wajar kita mencari pelbagai pendekatan untuk mengatasi isu ini.
  22. Program Mengimarahkan Masjid Jabatan Pendidikan Terengganu.
    Fokusnya ialah pendekatan diri pelajar dengan masjid.
  23. Budaya mencatat Pengajaran Khutbah Jumaat
    Pelajar-pelajar digalakkan mencatat pengajara-pengajaran dalam khutbah Jumaat.
  24. Sekolah Bestari
    Prasarana sekolah hendaklah disediakan secara beransur-beransur dari sekarang kerana nanti semua sekolah akan dibestarikan
  25. Teknologi Maklumat
    Semua pendidik mesti menguasai dan tahu menggunakan teknologi maklumat.
  26. Kecemerlangan Akademik
    Pencapaian akademik yang cemerlang adalah satu daripada matlamat sekolah.

.

.

cyber-space network


UCAP VISI

Disampaikan oleh Dato' Pengarah kepada Pengetua dan Guru Besar di Menara Yayasan Islam Terengganu pada 5 September, 1998 sebagai agenda awal pelantikan beliau ke jawatan pengarah yang baru.

.


Click for Home

Projek Sekolah Itu Mulia Di Sekolah:

  1. SK. Tengku Bariah, K. Terengganu